widgeo.net

Rabu, 12 Februari 2014

Sebab-sebab Doa dan Amalan Tidak Diterima

Antara sebab-sebab doa & amalan tidak di terima

Anda sudah pun mengamalkan surah-surah tetapi masih lagi buntu dengan masalah yang sama dan terasa doa anda seolah tidak di makbulkan oleh Allah? kita dahpun bersedekah tapi masih juga terasa amalan tidak di terima?mari kita tanya kesalahan atau kekurangan diri kita sendiri,

ini mungkin di antara penyebab doa /amalan yang tidak terima/tidak dimakbulkan :-
  • Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah.
  • Kerana Allah mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon. 
  • Berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap seperti tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikkan, hati yang tidak hadir, makanan dan pakaian daripada sumber-sumber yang haram atau syubhah. 
  • Kemungkinan ada sifat-sifat atau perbuatan yang menyebabkan anda di laknat,kerana doa atau amalan tidak akan di terima sekiranya seseorang itu dalam laknat Allah setiap hari.
  • Sifat-sifat atau perbuatan harian yg menjurus kepada laknat Allah itu diantaranya,
  • mengkhianati agama,
  • -Tidak melaksanakan perintah Allah seperti solat 5 waktu, -menghina atau mencemuh Al Quran 
  • -mengumpat (sebab mengumpat sama seperti berzina)
  • -berzina,
  • -munafik,
  • -menghasut,
  • -memfitnah,
  • -mengkhianat,
  • -isteri derhaka kepada suami,
  • -suami yang menganiaya isteri,
  • -anak derhaka,
  • -memakai rambut palsu atau kuku palsu,
  • -mewarna kan rambut,
  • -mencuri dan merompak,
  • -memakan harta anak yatim,
  • -menganiyai anak yatim,
  • -merampas hak orang lain,
  • -berbuat apa saja yg berkaitan benda haram seperti makanan & minuman haram,judi & rasuah,
  • -berdoa dengan tujuan jahat,
  • -menghina & menganiayai orang atau binatang,
  • -lelaki yg jadi perempuan (pondan/maknyah),
  • -perempuan yg jadi lelaki (tomboy),
  • -mendedahkan aurat,
  • -memutuskan silaturahim,
  • -menzalimi jiran tetangga,
  • -sombong,sifat menunjuk-nunjuk terhadap kelebihan diri, 
  • -membazir air -dan sebagainya.


Doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah doa orang yang dalam keadaan berikut : 
  • Orang yang terdesak.
  • Orang yang dizalimi.
  • Anak yang berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapanya.
  • Doa seorang muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturahim.

Tanda-tanda doa dimakbulkan : 

  • Terasa sesuatu yang menakutkan.
  • Menangis tatkala berdoa ( bukan dibuat-buat ).
  • Terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa.

oleh itu tepuk dada tanya iman kita masing-masing...adakah kita layak menerima nikmat Allah?

marilah kita sama-sama perbaiki perangai kita seharian,yang buruk menjadi baik,yang baik menjadi semakin baik,bukannya kita buat kerana hendak minta puji dengan orang atau kerana pangkat dan darjat,tetapi kita buat kerana mengharapkan rahmat dan redha Allah.Orang benci tak apa,asal jangan Allah benci kita.

Segeralah minta ampun daripada Allah dengan mengucapkan istighfar dan bertaubat serta melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan, Sesungguhnya Allah itu maha penerima taubat dan maha pengampun.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar